Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:
1. Lelaki bujangan menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, sementara dosa anak gadis ditanggung oleh bapaknya.
2. Lelaki yang sudah berumah tangga menanggung dosa sendiri, dosa
isteri, dosa anak perempuan yang belum pernah kawin dan dosa anak lelaki
yang belum baligh.
3. Hukum
menjelaskan anak lelaki bertanggung-jawab atas ibunya dan sekiranya dia
tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka dosa baginya, terutama anak
lelaki yang tua, tetapi perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya. Isteri berbuat baik kepadanya diberikan pahala kalau
berbuat sebaliknya dosanya ditanggung oleh suaminya.
4. Suami
wajib memberikan nafkah pada isteri, tapi isteri tidak. Walaupun begitu
isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri,
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi… Bayangkan betapa beratnya dosa-dosa yang harus ditanggung
seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kalau kita kaji nyawa
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat karena tak
kuat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.Tetapi seorang lelaki ada
keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Sebagai seorang lelaki
pasti anda tahu, kalau tak tahu makanya jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
Wanita :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita kesaksianya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari
lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya untuk isteri dan anak anak.
Wanita perlu
bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia
didoakan oleh segala malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi
ini, dan bila wafat kerana melahirkan adalah mati syahid. Manakala
dosanya dosa kecil,dosanya diampun ALLAH.
Di akhirat kelak,
seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini;
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita ditanggung oleh 4 orang lelaki ini; Suaminya,
ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh
memasuki pintu Syurga melalui mana pintu Syurga yang disukainya cukup
dengann 4 syarat saja: - Shalat 5 waktu, - Puasa di bulan Ramadhan, -
Taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki
perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi wanita jika taat akan suaminya
serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata.
Masya ALLAH… Lihat betapa sayangnya ALLAH pada wanitakan? Sememangnya derajat Wanita dimuliakan dalam Islam.
جَزَاكَ الله خَيْرًا
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Segala keritik dan saran akan menjadi satu kebaikan dimasa yg akan datang,dan itu sangat kami harapkan.
Blog Buatan, Bolo Dewe